Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cristiano Ronaldo tinggalkan tip S$31,500 di hotel Greece

Satu catatan di Instagram menunjukkan Ronaldo sedang makan bersama teman wanitanya, Cik Georgina Rodriguez dan rakan-rakannya di sebuah restoran di resort, dengan kapsyen: "Masa-masa indah!"

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo tinggalkan tip S$31,500 di hotel Greece

Ronaldo di Greece. (Gambar: Cristiano Ronaldo/Instagram)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 12:01PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 12:27PM

LISBON: Pemain bola sepak Cristiano Ronaldo meninggalkan tip sebanyak AS$23,200 (S$31,500) di sebuah hotel mewah di Greece semasa bercuti di kawasan Mediteranean bersama keluarganya, menurut pelbagai laporan media.

Pemain bola sepak itu memuat naikkan beberapa gambar beliau dan keluarganya di Instagram Jumaat lalu (13 Jul), tidak lama selepas Portugal disingkirkan daripada Piala Dunia.

Ronaldo begitu kagum dengan layanan di resort Costa Navarino di rantau Peloponnese di Greece sehingga beliau mendakwa tidak dapat meninggalkan tempat itu tanpa memberi ganjaran kepada mereka, menurut Daily Mail.

Pemain bola sepak berusia 33 tahun itu juga meminta agar tip tersebut dibahagi-bahagikan kepada para pekerja hotel.

Satu catatan di Instagram menunjukkan Ronaldo sedang makan bersama teman wanitanya, Cik Georgina Rodriguez dan rakan-rakannya di sebuah restoran di resort, dengan kapsyen: "Masa-masa indah!"

Menurut Forbes, Ronaldo meraih pendapatan sekitar AS$108 juta (S$148 juta) pada tahun 2017 termasuk tajaan di luar padang.

Pendapatan Ronaldo daripada kelab sebelumnya Real Madrid dilaporkan sekitar AS$650,000 (S$890,000) seminggu. Ini bermakna tip yang diberikan kepada kakitangan hotel itu adalah kurang daripada satu peratus pendapatan bulanannya.

Selepas percutiannya di Greece, Ronaldo ke Turin pula untuk memuktamadkan pemindahannya ke Juventus dengan kontrak selama empat tahun yang bernilai sekitar AS$116 juta (S$158 juta).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan