Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cristiano Ronaldo terima tawaran rasmi €200 juta setahun untuk bermain di Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo terima tawaran rasmi €200 juta setahun untuk bermain di Arab Saudi

Gambar: AFP/Odd Andersen

Diterbitkan : 01 Dec 2022 01:56PM Dikemas Kini : 01 Dec 2022 02:00PM
SINGAPURA: Bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo dilaporkan ditawarkan kontrak bernilai lebih hampir €200 juta (S$328 juta) untuk menyertai pasukan Al-Nassr di Arab Saudi.

Menurut laporan The Guardian, Ronaldo menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab tersebut hingga 2025.

Sebahagian besar wang itu akan disumbangkan penaja.

Ini bermakna isu berhubung hak penampilan Ronaldo mungkin menghambat perjanjian tersebut.

Buat masa ini persetujuan belum dimuktamadkan kerana Ronaldo masih menumpukan usahanya di Piala Dunia Qatar.

Namun, sebuah akhbar sukan Sepanyol melaporkan Ronaldo sudah hampir akan menandatanganinya.

Menurut sumber dalam laporan ESPN, pasukan Al-Nassr juga akan membayar pampasan gaji sepanjang enam bulan terakhir kontraknya dengan Manchester United.

Ini bukan pertama kali Ronaldo menerima tawaran daripada Timur Tengah. Sebelum ini sebuah kelab dari Arab dilaporkan menawarkan kontrak sangat lumayan kepada Ronaldo namun dia menolaknya.

Ronaldo dan United berpatah arang pada 22 November lalu menyusuli komen-komen yang dikeluarkan oleh Ronaldo semasa diwawancara oleh TalkTV.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan