COVID-19: Sektor pelancongan Bali terjejas, penduduk alih ke pertanian rumpai laut
Ramai penduduk pulau peranginan Bali sudah hilang mata pencarian akibat pandemik COVID-19.

Penduduk pulau peranginan Bali beralih ke sektor pertanian rumpai laut. (Gambar: REUTERS/Nyimas Laula)
BALI: Ramai penduduk pulau peranginan Bali sudah hilang mata pencarian akibat pandemik COVID-19.
Namun kini mereka bangkit semula dengan beralih ke sektor pertanian rumpai laut.
Malah hakikatnya, Indonesia adalah pengeluar rumpai laut kedua terbesar selepas China.
Meskipun Bali bukan pengeluar terbesar rumpai laut di Indonesia, sejarahnya bermula pada 1978.
Rumpai laut yang dikumpulkan dikeringkan dan diproses sebelum dieksport untuk penghasilan bahan tambahan dalam makanan dan kosmetik.
Namun, hasil pertanian rumpai laut di Bali berkurangan selepas sektor pelancongan di pulau itu berkembang pada 2010.
Hasil pendapatan dari rumpai laut adalah lebih rendah sekitar AS$400 (S$546) sebulan berbanding pekerjaan dalam sektor pelancongan.
Bagaimanapun, di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu sekarang, para penduduk berpendapat kedua-dua sektor harus berganding bahu untuk memastikan masa depan yang lebih cerah untuk semua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.