COVID-19 ragut 337 juta nyawa seluruh dunia, dedah WHO
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
GENEVA: Pandemik COVID-19 telah meragut nyawa 336.8 juta orang di seluruh dunia, menurut data baru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Jerman (dpa).
WHO mengaitkan sejumlah 14.9 juta kematian akibat COVID-19 pada 2020 dan 2021 sahaja.
Anggaran itu diterbitkan di dalam buku tahunan statistik WHO, yang disiarkan pada Jumaat.
Menurut WHO, pandemik COVID-19 juga memberi kesan negatif terhadap usaha global menentang penyakit berjangkit lain kerana vaksinasi dan perkhidmatan kesihatan lain terganggu.
Akibatnya, kadar vaksinasi terhadap campak, tetanus dan penyakit lain sudah merosot, manakala penyakit malaria dan batuk kering telah meningkat, menurut WHO.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.