Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19 ragut 15 lagi nyawa di Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Korea Utara pada Ahad (15 Mei) melaporkan 15 kematian akibat COVID-19 dan lagi 296,180 kes jangkitan, tiga hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama.

Demikian dilaporkan Agensi Berita Yonhap.

Angka kematian mencecah 42 dan mereka yang mengalami simptom demam sudahpun melebihi 820,620 sejak akhir April, menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Lebih 496,030 pesakit sudah sembuh setakat ini dan sekurang-kurangnya 324,550 pesakit kini menerima rawatan.

Data tersebut dikeluarkan "ibu pejabat pencegahan wabak kecemasan negara".

Dengan "langkah kecemasan yang pantas" diambil bagi mengekang penularan virus itu, menurut KCNA, ramai yang meninggal dunia "akibat kecuaian pengambilan ubat kerana kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang jangkitan varian Omicron". 

Semua wilayah, bandar dan daerah di Korea Utara ditutup dan unit kerja, pengeluaran dan kediaman dihentikan sejak 12 Mei. Pemeriksaan ketat dan intensif terhadap semua orang juga sedang dijalankan.

Korea Utara mengumumkan jangkitan varian Omicron buat kali pertama Khamis lalu (12 Mei) selepas negara itu mendakwa ia bebas daripada COVID-19 dua tahun lalu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan