Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Polis buru 3,800 jemaah tabligh

Polis Diraja Malaysia hari ini (23 Mac) mula memburu baki kira-kira 3,800 jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Polis buru 3,800 jemaah tabligh

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 09:17PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 09:21PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia hari ini (23 Mac) mula memburu baki kira-kira 3,800 jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan COVID-19.

Menteri Kanan ( Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata polis sudah mempunyai senarai nama lengkap jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di sini, akhir bulan lepas.

“Lebih 3,800 jemaah tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi terdiri daripada rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.

“Mereka tidak perlu takut untuk tampil ke hospital menjalani ujian saringan walaupun tidak mempunyai pasport …yang penting mereka dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya pada penugasan Op Joint Patrol COVID-19 PDRM ATM di Jalan Ampang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, turut menasihatkan jemaah tabligh terbabit untuk tampil sebelum polis mengesan mereka di kediaman masing-masing.

Setakat ini 14 kematian akibat COVID-19 direkod, dan daripada jumlah itu lapan daripadanya merupakan kelompok perhimpunan tabligh.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan