Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Pelajar Korea Selatan ambil ujian kolej di hospital dan guna plastik perlindungan

Hampir setengah juta pelajar Korea Selatan menduduki peperiksaan peringkat nasional untuk kemasukan ke universiti pada Khamis (3 Dis). Ini termasuk pelajar yang disahkan positif COVID-19 yang mengambil peperiksaan di hospital dan yang lain pula diasingkan dengan perlindungan plastik. 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Pelajar Korea Selatan ambil ujian kolej di hospital dan guna plastik perlindungan

Para pelajar menduduki peperiksaan peringkat nasional untuk kemasukan ke universiti di tengah-tengah pandemik COVID-19 pada 3 Dis 2020. (Gambar: REUTERS/Kim Hong-ji)

Diterbitkan : 03 Dec 2020 06:33PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 06:53PM

SEOUL: Hampir setengah juta pelajar Korea Selatan menduduki peperiksaan peringkat nasional untuk kemasukan ke universiti pada Khamis (3 Dis). Ini termasuk pelajar yang disahkan positif COVID-19 yang mengambil peperiksaan di hospital dan yang lain pula diasingkan dengan perlindungan plastik.

Korea Selatan sedang bergelut dengan gelombang ketiga jangkitan COVID-19, memaksa pihak berkuasa untuk mengambil langkah ketat bagi memastikan semua pelajarnya dapat mengambil peperiksaan dengan selamat. Peperiksaan ini dianggap acara amat penting kerana memberikan mereka tempat di kolej elit, dilihat sebagai kunci untuk masa depan cemerlang dan pendapatan tinggi di ekonomi keempat terbesar Asia ini.

Polis dan pegawai sekolah mengawal sekitar 31,000 tempat peperiksaan di merata negara, yang pada tahun-tahun biasa sebelum COVID-19 dibanjiri ibu bapa yang berdoa dan kumpulan sorakan yang mengedarkan air panas dan makanan ringan.

"Ini adalah ujian kali kedua saya, jadi saya mahu melakukannya walaupun ada risiko jangkitan COVID-19," kata Jeon Young-jin, 19, kepada Reuters di lokasi peperiksaannya di Seoul.

Sekitar 35 orang yang disahkan positif COVID-19 menduduki peperiksaan di hospital yang telah ditetapkan, sementara tempat-tempat khas disediakan untuk membantu lagi 404 yang lain yang sedang mengasingkan diri.

Para pengawas peperiksaan bagi kes yang disahkan dan disyaki COVID-19 dikehendaki memakai alat perlindungan diri dan mengumpul kertas peperiksaan menggunakan beg plastik dan mengelapnya sebelum diberikan kepada kakitangan di luar.

Di sebuah sekolah tinggi di tengah Seoul, para pelajar beratur untuk diperiksa suhu badan mereka dan pembersihan dari kuman sebelum memasuki tempat peperiksaan. Rakaman video yang disiarkan oleh Pejabat Pendidikan Metropolitan Seoul, menunjukkan perlindungan plastik dipasang di setiap meja.

Seorang pelajar memakai pelitup semasa peperiksaan peringkat nasional untuk kemasukan ke universiti di Korea Selatan pada 3 Dis 2020. (Gambar: AP/Kim Hong-ji)

Seorang pelajar memakai pelitup semasa peperiksaan peringkat nasional untuk kemasukan ke universiti di Korea Selatan pada 3 Dis 2020. (Gambar: AP/Kim Hong-ji)

Peperiksaan nasional ini adalah satu acara sangat penting di Korea Selatan dengan perniagaan dan pasaran saham dibuka lebih lewat daripada biasa untuk mengurangkan kesesakan di jalan raya bagi pelajar yang mengambil peperiksaan. Penerbangan dari lapangan terbang juga digantung buat sementara waktu ujian lisan dijalankan.

Peperiksaan tahunan ini diadakan sedang Korea Selatan bergelut dengan kemunculan semula virus korona, dengan jumkah kes harian mencecah sekitar 500 dalam dua minggu lalu, tahap yang lama tidak kelihatan sejak Mac lalu.

Pemerintah sudah pun mengetatkan langkah jarak selamat dan mengisytiharkan tempoh khas anti virus buat dua minggu sebelum peperiksaan bermula.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan 540 kes baru pada Rabu (2 Dis), termasuk 516 jangkitan tempatan dan 24 kes import.

Jumlah keseluruhan di negara itu meningkat kepada 35,703 kes dengan 529 kematian. 

Sumber : Reuters/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan