Skip to main content

Dunia

COVID-19: Pekerja ladang di Belanda mungkin dijangkiti virus daripada cerpelai

Seorang pekerja ladang menternak cerpelai di Belanda disyaki terkena jangkitan COVID-19 daripada haiwan di ladang tersebut, dalam kes pertama jangkitan daripada haiwan kepada manusia.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Pekerja ladang di Belanda mungkin dijangkiti virus daripada cerpelai

Sebuah ilustrasi dicipta oleh Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) yang menunjukkan virus korona baru 2019. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 20 May 2020 11:26PM Dikemas Kini : 21 May 2020 12:08AM

THE HAGUE: Seorang pekerja ladang menternak cerpelai di Belanda disyaki terkena jangkitan COVID-19 daripada haiwan di ladang tersebut, dalam kes pertama jangkitan daripada haiwan kepada manusia.

Menurut Menteri Pertanian, Carola Schouten, kes tersebut dilaporkan di salah satu daripada dua ladang cerpelai di Eindhoven, di mana virus itu pertama kali di kesan dalam kalangan mamalia berkenaan yang diternak untuk mendapatkan kulitnya.

Para penyelidik membuat perbandingan kod genetik virus yang ditemui pada cerpelai dengan kod pada manusia, bagi membolehkan pengesanan mutasi yang berlaku, kata Cik Schouten pada Selasa (19 Mei).

"Siasatan mendapati ada kemungkinan bahawa salah seorang pekerja ladang itu dijangkiti virus COVID-19 daripada cerpelai," katanya dalam surat kepada Parlimen Belanda.

Bagaimanapun, tambah beliau, jangkitan COVID-19 daripada haiwan kepada manusia tidak perlu dibimbangkan, memandangkan sampel udara dan habuk di luar kandang cerpelai tidak mengandungi sebarang virus.

Meskipun demikian, Belanda memperketatkan lagi langkah kawalan dengan mewajibkan pemeriksaan di semua ladang cerpelai dan melarang lawatan ke ladang yang terjejas, tambah Cik Schouten.

Pihak berkuasa juga menyiasat kemungkinan pemindahan jangkitan menerusi kucing liar yang berkeliaran antara dua ladang cerpelai yang terjejas. Pemerintah mengesahkan minggu lalu bahawa tiga kucing di salah satu ladang itu positif COVID-19.

Setakat hari ini, Belanda mencatat 44,249 kes jangkitan dan 5,715 kematian akibat COVID-19.

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita