Skip to main content

Dunia

COVID:19 Menteri hal ehwal agama M'sia minta peserta hadiri perhimpunan tabligh segera hubungi pejabat kesihatan

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, pada 27 Feb lalu supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah. 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID:19 Menteri hal ehwal agama M'sia minta peserta hadiri perhimpunan tabligh segera hubungi pejabat kesihatan

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 05:53PM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 05:55PM

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, pada 27 Feb lalu supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah. 

Dalam satu kenyataan hari ini (12 Mac), Dr Zulkifli berkata permintaan itu seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. 

Mereka yang berkenaan diminta menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah, kata beliau.  

Pada Rabu (11 Mac), Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata seorang warga tempatan berusia 60 tahun disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri perhimpunan itu - yang berlangsung pada 28 Feb hingga 1 Mac lalu.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataannya mengesahkan bahawa kes pertama positif COVID-19 di negara itu dijangkiti virus tersebut ketika menghadiri satu majlis keagamaan di Malaysia.

Sehubungan itu, semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan yang dianggarkan dihadiri oleh 10,000 peserta dari beberapa buah negara.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita