Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Masjidil Haram, kawasan sekitarnya terus ditutup pada hari wukuf dan Aidiladha

Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan Masjidil Haram di Makkah serta kawasan sekitar masjid paling suci dalam Islam itu akan terus ditutup pada hari wukuf dan Hari Raya Aidiladha tahun ini di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Masjidil Haram, kawasan sekitarnya terus ditutup pada hari wukuf dan Aidiladha

Keadaan di dalam Masjidil Haram di Makkah pada 5 Mac 2020. (Gambar: Abdel Ghani Bashir/AFP)

Diterbitkan : 22 Jul 2020 03:19PM Dikemas Kini : 22 Jul 2020 03:23PM

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan Masjidil Haram di Makkah serta kawasan sekitar masjid paling suci dalam Islam itu akan terus ditutup pada hari wukuf dan Hari Raya Aidiladha tahun ini di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Hanya para jemaah haji yang ada permit sah akan dibenarkan masuk untuk menjalankan ibadah tawaf dan sai haji pada 30 Julai ini.

Mengumumkan tahap pertama persiapan bagi musim haji kali ini, panglima pasukan tentera Saudi yang bertanggungjawab bagi keselamatan di Masjidil Haram, Mejar Jeneral Muhammad Al-Ahmadi, berkata keselamatan para jemaah haji adalah keutamaan sekarang.

Beliau menambah aturan baru sudah disiapkan untuk mengawal aliran keluar masuk para jemaah haji bagi memastikan mereka menjaga jarak selamat dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Ini termasuk laluan khusus bagi perlaksanaan ibadah tawaf dan sai.

Perlaksanaan solat fardhu di Masjidil Haram juga terus digantung kecuali bagi para jemaah haji yang ada permit sah.

Pusat-pusat kawalan canggih pasukan keselamatan Saudi di Mina dan Muzdalifah juga sudah mula beroperasi 24 jam untuk mengekang mereka yang tiada permit sah.

Pada Selasa (21 Jul), Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Mohammed Saleh Benten, melawat Makkah, Arafah, Mina dan Muzdalifah bagi memastikan persiapan haji berjalan lancar.

Sekitar 10,000 jemaah - terdiri daripada 30 peratus warga Saudi dan 70 peratus rakyat dari 160 negara yang tinggal atau bertugas di Saudi - sudahpun dipilih untuk menjalankan ibadah haji tahun ini.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan