Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Masjid al-Aqsa, pekarangan kompleks ditutup sepanjang Ramadan

Seluruh pekarangan kompleks dan Masjid al-Aqsa di Baitulmakdis akan ditutup kepada orang awam sepanjang bulan Ramadan ekoran kebimbangan pandemik COVID-19, umum majlis ulama di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Masjid al-Aqsa, pekarangan kompleks ditutup sepanjang Ramadan

Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Apr 2020 09:38AM Dikemas Kini : 23 Apr 2020 04:11PM

BAITULMAKDIS: Seluruh pekarangan kompleks dan Masjid al-Aqsa di Baitulmakdis akan ditutup kepada orang awam sepanjang bulan Ramadan ekoran kebimbangan pandemik COVID-19, umum majlis ulama di sana.

Agensi Wakaf Baitulmakdis, yang menjaga tapak Islam di kawasan berkenaan, menyifatkan pengumuman itu sebagai sesuatu yang menyedihkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (16 Apr), majlis tersebut menyifatkan langkah berkenaan selari dengan fatwa ulama selain langkah keselamatan kesihatan.

Majlis itu juga mahu umat Islam menunaikan solat di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan.

Bagaimanapun, azan solat fardu akan terus berkumandang seperti biasa dan para pekerja di kompleks berkenaan masih dibenarkan bertugas.

Keputusan larangan untuk mengerjakan solat di kompleks itu sudah diumumkan pada 23 Mac lalu.

Masjid tersebut lazimnya menarik puluhan ribu umat Islam untuk beribadah sepanjang Ramadan dan menunaikan solat Tarawih.

Langkah berjaga-jaga mengekang COVID-19 di Baitulmakdis, yang menempatkan tempat beribadat untuk agama Yahudi, Kristian dan Islam, juga sudah dilaksanakan sejak awal lagi.

Israel melaporkan sekurang-kurangnya 140 kematian dan hampir 12,600 kes COVID-19.

Pihak berkuasa Palestin pula mencatatkan dua kematian dan hampir 400 kes di Tebing Barat yang dijajah serta Semenanjung Gaza.

Semua masjid di Gaza juga ditutup sejak 25 Mac dan di Tebing Barat, sejak 14 Mac.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan