Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19 masih kecemasan antarabangsa: WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Isnin (30 Jan) bahawa COVID-19 masih dianggap sebagai satu kecemasan kesihatan awam dengan keprihatinan antarabangsa, iaitu tahap waspada yang tertinggi.

Anggaran Waktu Membaca:

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Isnin (30 Jan) bahawa COVID-19 masih dianggap sebagai satu kecemasan kesihatan awam dengan keprihatinan antarabangsa, iaitu tahap waspada yang tertinggi.

"Ketua pengarah WHO bersetuju dengan nasihat yang ditawarkan oleh jawatankuasa mengenai pandemik COVID-19 yang berterusan dan menentukan bahawa ia masih dianggap sebagai satu kecemasan kesihatan awam dengan keprihatinan antarabangsa," menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam satu kenyataan.

Pandemik itu kemungkinan berada di "titik peralihan" yang masih memerlukan pengurusan berhati-hati bagi "mengawal sebarang kemungkinan kesan negatif", menurut WHO dalam satu kenyataan.

Sudah tiga tahun sejak WHO pertama kali mengisytiharkan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global. Lebih 6.8 juta jiwa terkorban angkara pandemik itu, yang menjejas setiap pelusuk dunia, meranapkan masyarakat dan ekonomi.

Namun, kemunculan vaksin dan rawatan mengubah situasi pandemik dengan ketara sejak 2020 dan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata beliau berharap dapat melihat pengakhiran pandemik itu tahun ini, khususnya jika akses kepada langkah tindak balas dapat diperbaiki di peringkat global.

Penasihat kepada jawatankuasa pakar WHO berhubung status pandemik memberitahu Reuters pada Disember lalu bahawa ia mungkin belum lagi masanya untuk menamatkan keadaan kecemasan itu memandangkan adanya ketidaktentuan berhubung gelombang jangkitan di China selepas ia memansuhkan langkah-langkah ketat sifar COVID-19 pada hujung 2022.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan