Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: "Kita perlu berpegang pada solidariti, bukan stigma” - Ketua Pengarah WHO

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa semua pihak bersatu padu dalam memerangi penyakit virus korona baru COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: "Kita perlu berpegang pada solidariti, bukan stigma” - Ketua Pengarah WHO

Para pegawai giat melakukan pembersihan di sebuah kawasan di Wuhan, Hubei. (Gambar: Hector Retamal/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2020 05:31PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 05:33PM

MUNICH: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa semua pihak bersatu padu dalam memerangi penyakit virus korona baru COVID-19.

Dr Tedros berkata, perkara yang menjadi musuh utama penularan wabak itu adalah “stigma masyarakat yang menjadikan semua pihak saling menentang antara satu sama lain.”

“Kita perlu hentikan stigma dan kebencian. Penularan wabak Ebola dan COVID-19 sememangnya memerlukan kerjasama semua negara untuk bersedia dan bukannya panik,” tegasnya dalam taklimat WHO di Geneva menerusi persidangan video.

Malah, beliau juga mengalakkan pakar-pakar antarabangsa yang kini berada di China untuk bekerja rapat dengan rakan-rakan tempatan untuk memahami wabak itu dan menerangkan langkah-langkah seterusnya untuk tindak balas global.

“Seperti yang saya katakan, saya berusaha untuk melawan wabak itu di mana-mana negara secara agresif, untuk melindungi rakyat di seluruh dunia, walaupun ia melibakan kos yang sangat tinggi,” katanya lagi.

Gesaan yang sama dilahirkan Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan.

"Ia bukan masanya untuk kita menuding jari.
Biarkan para saintis kita meneruskan tugas mereka, biarkan profesional kesihatan awam kita terus beri tumpuan, biarkan mereka bekerjasama, dan kita akan mendapat jawapan untuk mengatasi virus ini," katanya." 

Sumber : AP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan