COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 4 juta orang
Lebih empat juta orang di merata dunia sudah dijangkiti COVID-19.

(Gambar: REUTERS/Brian Snyder)
WASHINGTON: Lebih empat juta orang di merata dunia sudah dijangkiti COVID-19.
Angka korban di peringkat global pula sudah melepasi 277,000 orang.
Demikian menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hopkins.
Amerika Syarikat merupakan negara dengan jumlah kes jangkitan tertinggi iaitu melebihi 1.3 juta kes.
Eropah merupakan benua yang masih teruk terjejas, dengan lebih 1.7 juta kes.
Tiga negara kini melepasi angka 200,000 kes positif iaitu Sepanyol 222,000, Itali 218,000 dan United Kingdom 216,000.
Bagaimanapun, Perancis dan Sepanyol, dua negara yang paling terkesan di Eropah, sedang bersiap sedia untuk melonggarkan perintah berkurung di negara masing-masing pada Isnin (10 Mei).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.