Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Jumlah kes di Australia terus meningkat sehari sebelum sempadan dibuka

Anggaran Waktu Membaca:

CANBERRA: Australia melaporkan lebih 15,000 kes baru COVID-19 dan 33 kematian pada Ahad (20 Feb), sehari sebelum sempadan negara tersebut dibuka kepada pelancong yang sudah lengkap divaksin, lapor agensi berita Xinhua. 

Mulai Isnin (21 Feb), kawalan sempadan ketat Australia akan dilonggarkan dan pelawat asing akan dibenarkan memasuki negara itu buat kali pertama sejak Mac 2020. 

Sebelum dilanda pandemik koronavirus, sektor pelancongan di Australia menyumbang kira-kira A$60 bilion (S$58 bilion) setiap tahun kepada ekonomi negara itu dan menggajikan lebih 650,000 orang. 

Industri itu terjejas teruk akibat pandemik, dengan jumlah ketibaan pelancong luar negara merosot sebanyak kira-kira 99 peratus, lapor Xinhua. 

Lebih 50 penerbangan antarabangsa dijangka mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam sempadan dibuka semuka. 

Pelawat antarabangsa yang tiba harus mengemukakan bukti mereka sudah lengkap divaksin terhadap COVID-19 atau mempunyai pengecualian perubatan yang sah. 

Perdana Menteri Scott Morrison berkata hari ini bahawa jumlah ketibaan pelancong akan meningkat kerana kempen pengiklanan Tourism Australia yang bernilai A$40 juta (S$38 juta). 

"Saya sedia maklum sektor pelancongan dan juga syarikat-syarikat penerbangan sudah membuat persiapan. Lantaran itu, persiapan ini akan memastikan kami dalam kedudukan kukuh untuk maju ke hadapan mulai esok," katanya, menurut Xinhua. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan