COVID-19 jenis baru UK mungkin jadi virus lazim di AS menjelang Mac
Jenis koronavirus baru dengan kebolehjangkitan tinggi yang pertama kali dikesan di Britain, boleh menjadi jenis paling lazim di Amerika Syarikat menjelang Mac, menurut amaran Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS pada Jumaat (15 Jan).
Seorang penduduk Amerika Syarikat jalani ujian swab COVID-19 pada 3 Dis 2020 (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)
CHICAGO: Jenis koronavirus baru dengan kebolehjangkitan tinggi yang pertama kali dikesan di Britain, boleh menjadi jenis paling lazim di Amerika Syarikat menjelang Mac, menurut amaran Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS pada Jumaat (15 Jan).
Jenis tersebut, yang dikenali sebagai B117, dipercayai dua kali ganda lebih mudah merebak berbanding virus yang kini menular di Amerika Syarikat. Setakat ini, 76 orang dari 10 negeri AS telah dijangkiti virus jenis UK itu.
Penularannya yang pantas akan menambah bebanan terhadap sumber-sumber kesihatan sedang jumlah jangkitan melonjak, yang meningkatkan lagi tekanan pada sumber jagaan kesihatan serta meningkatkan keperluan bagi pematuhan strategi pencegahan yang lebih baik, seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup, kata CDC dalam laporan mingguannya mengenai kematian dan penyakit.
Virus jenis baru yang sangat mudah berjangkit itu juga meningkatkan kadar peraturan penduduk yang perlu diberi vaksin untuk mencapai kekebalan kelompok bagi mengawal pandemik, kata CDC.
"Peningkatan kebolehjangkitan jenis B117 memerlukan pelaksanaan strategi kesihatan awam yang ketat untuk mengurangkan penularan dan mengurangkan kemungkinan kesan B117, dan memberi masa yang diperlukan untuk meningkatkan perlindungan vaksinasi," tulis para pegawai kesihatan Amerika Syarikat.
Koronavirus jenis baru itu, yang merangkumi beberapa perubahan genetik, menjadikan virus itu lebih mudah merebak dari individu ke individu. Perubahan tersebut tidak dipercayai menyebabkan penyakit yang lebih teruk, tetapi kadar penularan yang lebih tinggi akan menyebabkan lebih banyak kes dan lebih banyak kematian, jelas CDC.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.