COVID-19: Iran mahu hasilkan vaksin sendiri
Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata pemerintahnya menyediakan rancangan serampang dua mata dalam memerangi COVID-19 iaitu menghasilkan vaksin sendiri dengan bantuan saintis tempatan dan membelinya dari luar negara, lapor agensi berita IRNA.
Seorang wanita di Tehran, Iran memakai pelitup pada 22 Feb 2020 (Gambar: Atta Kenare/AFP)
TEHRAN: Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata pemerintahnya menyediakan rancangan serampang dua mata dalam memerangi COVID-19 iaitu menghasilkan vaksin sendiri dengan bantuan saintis tempatan dan membelinya dari luar negara, lapor agensi berita IRNA.
Pada petang Selasa (8 Dis), Encik Rouhani menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memerangi COVID-19 di Ibu Pejabat Kebangsaan.
Beliau berkata, jawatankuasa itu memberi tumpuan terhadap dua perkara, pertamanya dengan melaksanakan dan menguatkuasakan protokol penjarakan fizikal, saringan pintar dan kuarantin kerana ia dianggap kaedah terjamin.
Keutamaan kedua menyediakan kemudahan untuk penghasilan vaksin kepada ahli sains dan pakar tempatan selain membeli pelalian dari luar negara.
Mengulas mengenai sekatan barangan keperluan termasuk vaksin ke atas rakyat Iran yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Encik Rouhani berkata kelakuan Encik Trump itu suatu yang terkutuk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.