Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19 boleh bertahan di beberapa jenis permukaan beberapa hari

Virus korona baru COVID-19 mampu bertahan di beberapa jenis permukaan selama beberapa hari atau di udara buat beberapa jam. Demikian menurut kajian dibiayai pemerintah Amerika Syarikat yang diterbitkan, pada Selasa 17 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 boleh bertahan di beberapa jenis permukaan beberapa hari

(Gambar: Benoit Tessier/Reuters)

Diterbitkan : 18 Mar 2020 03:19PM Dikemas Kini : 18 Mar 2020 03:22PM

WASHINGTON: Virus korona baru COVID-19 mampu bertahan di beberapa jenis permukaan selama beberapa hari atau di udara buat beberapa jam. Demikian menurut kajian dibiayai pemerintah Amerika Syarikat yang diterbitkan, pada Selasa 17 Mac.

Saintis mendapati bahawa virus yang menyebabkan penyakit COVID-19 mempunyai tahap persamaan di luar tubuh seperti virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Ini bermakna faktor-faktor lain seperti penyebaran lebih mudah di antara mereka yang tidak menampakkan simptom menjadikan pandemik ini lebih menular berbanding SARS pada 2002-2003

Kertas kajian baru ini diterbitkan dalam jurnal New England Journal of Medicine (NEJM) yang diljalankan oleh saintis dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Universiti California, Los Angeles dan Princeton.

Virus baru COVID-19 boleh dikesan selama dua hingga tiga hari pada plastik dan keluli tahan karat, sehingga 24 jam pada kadbod dan empat jam pada tembaga.

Pasukan itu menggunakan nebulizer untuk melakukan simulasikan seseorang yang batuk atau bersin, dan mendapati virus itu menjadi aerosol iaitu partikel yang terapung di udara dan dapat dikesan selama hampir tiga jam di udara.

Kajian itu pertama kali dimuat naik minggu lalu di laman web pra-cetak perubatan, sebelum ia diteliti semula, menarik banyak perhatian termasuk beberapa kritikan daripada saintis yang mengatakan bahawa ia mungkin membesar-besarkan isu sekitar ancaman udara yang ditimbulkan virus tersebut.

Apa yang pasti sekarang ialah COVID-19 disebarkan secara meluas oleh titisan pernafasan dan dalam bentuk ini, ia hanya mampu bertahan selama beberapa saat selepas seseorang batuk atau bersin.

Kumpulan pengkritik mempersoalkan sama ada nebulizer dapat meniru batuk manusia atau bersin dengan tepat.

Kajian dilakukan NEJM juga membayangkanvirus COVID-19 boleh menular menerusi udara meskipun dalam keadaan luar biasa.

Satu kajian di China yang dimuat naik dan masih menantikan penilaian saintis mendapati kehadiran bentuk virus COVID-19 di udara dalam bilik mandi pesakit di sebuah hospital di Wuhan. Virus itu juga ditemui dalam najis.

Pasukan di sebalik kajian NEJM melakukan ujian yang sama terhadap virus SARS, dan mendapati kedua-dua virus bertindak sama.

Namun, mereka gagal menjelaskan mengapa pandemik COVID-19 menjangkiti hampir 200,000 orang dan menyebabkan hampir 8,000 kematian, manakala wabak SARS menjangkiti kira-kira 8,000 dan membunuh hampir 800 orang.

"Ini menunjukkan bahawa perbezaan dalam ciri-ciri epidemiologi virus ini mungkin timbul daripada faktor lain, termasuk penyebaran tinggi di saluran pernafasan atas dan potensi bagi orang yang dijangkiti SARS-CoV-2 untuk menjangkiti orang lain tanpa menunjukkan sebarang gejala," tulis penyelidik.

SARS-CoV-2 adalah nama teknikal untuk COVID-19.

Penemuan ini mengesahkan panduan dari profesional kesihatan awam mengenai penangguhan perjumpaan sosial, mengelakkan menyentuh wajah, menutup ketika batuk atau bersin, dan sering menggunakan cecair pembasmi kuman. 

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan