COP27: Penubuhan dana khas kesan pemanasan global satu perkembangan positif, kata Grace Fu
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata perjanjian bersejarah yang dicapai semasa Sidang Puncak Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) COP27 untuk menubuhkan dana khas bagi menampung kerugian dialami negara yang terkesan dengan pemanasan global, adalah satu perkembangan positif.

(Gambar: AFP)
SHARM EL-SHEIKH: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata perjanjian bersejarah yang dicapai semasa Sidang Puncak Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) COP27 untuk menubuhkan dana khas bagi menampung kerugian dialami negara yang terkesan dengan pemanasan global, adalah satu perkembangan positif.
Para wakil bertepuk tangan selepas dana 'kerugian dan kerosakan' itu dipersetujui sebulat suara.
Dalam wawancara, menggulung lawatannya di Sharm El-Sheikh, Mesir, Cik Fu berkata secara keseluruhannya, negara-negara peserta COP27 telah mencapai perjanjian sebaik mungkin, sekalipun di tengah-tengah cabaran ekonomi dan geopolitik.
Apabila ditanya tentang sumbangan Singapura kepada dana kerugian dan kerosakan itu, .. Cik Fu berkata, Singapura sentiasa berpegang kepada pendekatan berbilang hala dan akan turut serta dalam semangat kerjasama yang saling memanfaatkan.
Menurut Cik Fu, syarat-syarat pendanaan itu masih perlu dibincangkan, dan Singapura sedang meneliti peranan yang boleh dimainkan.
Singapura, kata Cik Fu, telah memainkan peranan dengan caranya yang tersendiri dalam menyumbang kepada tindakan iklim, seperti menyediakan sokongan teknikal dan keupayaan kepada negara-negara membangun.
Mengulas tentang isu bahan bakar, Cik Fu berkata Singapura akan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor daya tenaga dan industri.
Maka itu, Singapura perlu meneroka sumber tenaga alternatif dan pelaburan dalam kajian dan pengembangan atau R&D sumber tenaga hijau serta R&D dalam pengangkutan hidrogen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.