COP26 labuh tirai; negara-negara digesa percepat usaha tangani perubahan iklim
Rundingan Sidang Puncak COP26 di Glasgow masuk hari terakhir hari ini (12 Nov).
GLASGOW: Rundingan Sidang Puncak COP26 di Glasgow masuk hari terakhir hari ini (12 Nov).
Tetapi perbincangan tentang pembiayaan perubahan iklim masih dibahaskan antara negara-negara kaya dengan miskin.
Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua pihak untuk mempercepatkan usaha sambil mengingatkan tentang sasaran mengehadkan pemanasan bumi kepada 1.5 darjah Selsius.
Isu subsidi dan pembiayaan menjadi perdebatan hangat kandungan terakhir perjanjian.
Negara-negara yang terjejas dengan bencana iklim menuntut pampasan daripada negara-negara yang menyebabkan pencemaran besar, lazimnya negara kaya.
"Pemerintah-pemerintah perlu mempercepatkan dan menunjukkan cita-cita penting dalam pengurangan, penyesuaian dan pembiayaan dengan cara yang seimbang. Kita tidak boleh berpuas hati dengan huraian yang paling kecil sahaja," kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.