Congo terima kumpulan vaksin mpox pertama
Anggaran Waktu Membaca:

Vaksin cacar monyet JYNNEOS. (Gambar fail: Patrick T. Fallon/AFP)
KINSHASA: Sebuah pesawat yang membawa kumpulan vaksin mpox pertama tiba di Republik Demokratik Congo pada Khamis (5 Sep).
Negara tersebut menjadi pusat wabak mpox yang menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam global.
Seorang jurucakap Kesatuan Eropah (EU) berkata penghantaran pertama melibatkan 99,000 dos dibuat oleh syarikat bioteknologi Bavarian Nordic.
Vaksin tersebut didermakan oleh EU.
Beliau menambah bahawa satu lagi kumpulan vaksin akan dihantar pada Sabtu (7 Sep), yang akan membawa jumlah vaksin kepada 200,000.
Secara keseluruhan, 566,000 dos diharapkan dapat dihantar ke kawasan yang memerlukan.
Penghantaran tersebut di Congo akan mencetuskan perbincangan untuk menangani ketidaksamaan, yang menyebabkan negara-negara Afrika tidak mempunyai akses kepada dua dos vaksin ketika mpox merebak pada 2022, meskipun ia tersedia di Eropah dan Amerika Syarikat.
Menteri Kesihatan Congo Samuel Roger Kamba Mulamba berkata pihak berkuasa akan mula merancang siapa yang akan menerima vaksin itu, dan di mana, dengan harapan untuk mengutamakan kawasan paling terkesan.
Congo menyatakan ia akan melancarkan kempen vaksinansinya pada 8 Oktober.
Ini akan memberi masa untuk menjalankan kempen meningkatkan kesedaran berkaitan vaksin, kepada masyarakat yang tidak percaya kepada vaksin tersebut.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.