Colombia naikkan tahap amaran, kemungkinan letusan gunung berapi Nevado del Ruiz
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Colombian Geologic Service / AFP)
BOGOTA: Gunung berapi Nevado del Ruiz yang terletak di sempadan Tolima dan Caldas di Colombia diletakkan di bawah amaran jingga berikutan kemungkinan risiko letusan.
Sejak Selasa (4 Apr), pihak berkuasa telah memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan, menurut Agensi Anadolu.
Letusan gunung berapi itu pernah mencetuskan bencana alam terburuk dalam sejarah negara pada November 1985, menyebabkan lebih 23,000 orang terkorban.
Pemerintah menaikkan tahap amaran pada minggu lalu berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi.
Sekiranya letusan berlaku, ia boleh menjejaskan kira-kira 57,000 keluarga di 27 majlis perbandaran, menurut pihak berkuasa.
Menurut Perkhidmatan Geologi Colombia, terdapat lebih 5,000 aktiviti seismik di gunung berapi itu direkodkan dalam sehari.
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.