Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Claudia Sheinbaum diisytihar menang pilihan raya; jadi presiden wanita pertama Mexico

Anggaran Waktu Membaca:
BANDAR MEXICO: Parti memerintah Mexico mengisytiharkan Claudia Sheinbaum sebagai pemenang pilihan raya presiden negara itu setelah memperolehi kemenangan besar selepas undian berakhir pada Ahad (2 Jun).

Beliau bakal menjadi presiden wanita pertama negara itu.

Menurut tinjauan badan penyelidikan, Parametria, Cik Sheinbaum diramal menang 56 peratus undi, sementara calon pembangkang Xochitl Galvez meraih 30 peratus undi.

Empat lagi tinjauan juga meletakkan Cik Sheinbaum sebagai pemenang.

Keputusan awal dijangkakan dalam beberapa jam akan datang. Setakat ini, Cik Galvez belum mengaku kalah dan menyeru penyokongnya agar bersabar dalam menunggu keputusan rasmi itu.

Kemenangan Cik Sheinbaum dianggap sebagai satu langkah besar dalam negara itu, memandangkan ia dikenali dengan budayanya yang bersifat 'macho'. Pemenang pilihan raya itu bakal memulakan penggal enam tahun pada 1 Okt nanti.

Pilihan raya kali ini dicemari pembunuhan dua individu di pusat mengundi di negeri Puebla, menambah kepada pelbagai serangan yang telah menjadikan pilihan raya terbesar Mexico juga paling ganas dalam sejarah modennya.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan