Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ciri baru aplikasi MySejahtera kini boleh kesan lokasi penyakit berjangkit, kata Menteri Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baru bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dengan fungsi terbaru itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, penyakit gila babi, HFMD dan demam denggi.

"Kemas kini terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baru. Boleh lihat penyakit berjangkit seperti HFMD," katanya menerusi catatan di akaun Twitternya pada 3 Mei.

Beliau turut berkongsi dua petikan skrin kemas kini aplikasi berkenaan.

Sebelum ini Encik Khairy memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19 akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker.

Beliau berkata kawasan berkenaan akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit.

Sementara itu Encik Khairy menasihatkan orang ramai agar terus menggunakan pelitup apabila berada di tempat tertutup atau sesak.

"Saya harap sambutan Aidilfitri anda ceria pada Raya kedua. Terus pakai pelitup muka di kawasan tertutup dan/atau sesak. Jika bergejala buat ujian kendiri & lapor di @my_sejahtera," katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan