Ciri baharu dilancarkan Instagram tegur pengguna jika tidur lewat malam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexel)
MALAYSIA: Instagram merupakan aplikasi pilihan golongan lebih muda,kerana Facebook mempunyai reputasi sebagai platform untuk mereka yang lebih berusia.
Tetapi, ketagihan kepada media sosial berlaku pada semua peringkat umur.
Menurut laporan Astro Awani,Instagram sudah mengaktifkan ciri baharu yang memberikan peringatan kepada pengguna remaja untuk tidur, sekiranya aplikasi itu mengesan pengguna menghabiskan masa selepas waktu tidur.
Pemberitahuan nasihat untuk tidur akan dipaparkan pada skrin jika pengguna dikesan mengakses Reels dan mesej peribadi (DM) lebih daripada 10 minit selepas waktu tidur.
Nasihat yang diberikan akan menyarankan supaya aplikasi itu ditutup.
Pengguna masih boleh meneruskan aktiviti mereka walaupun selepas notifikasi itu dipaparkan, lapor Astro Awani.
Kepada ibu bapa atau penjaga, aplikasi kawalan aktiviti pada telefon pintar masih boleh digunakan menerusi aplikasi seperti Google Family Link.
Terdapat ciri mengunci aplikasi selepas ia digunakan melebihi had yang ditetapkan oleh ibu bapa serta penjaga.
Jangan harapkan pemilik aplikasi untuk menjadi penjaga anak anda sepenuhnya.
Tanggungjawab masih di tangan ibu bapa, maka gunakanlah teknologi yang ada sebaik-baiknya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.