Skip to main content

Dunia

Cikgu sediakan lokar guna kotak kasut, raih pujian warganet

Anggaran Waktu Membaca:
TERENGGANU: Siapa pernah tinggal buku bawah meja kerana beg sekolah berat?

Satu subjek kadang-kadang memerlukan hingga dua atau tiga buku. Namun, itu hanya satu subjek, jika ditambah subjek yang lain pasti berat jadinya beg pelajar.

Maka untuk elak daripada bawa beg yang berat, kadangkala ada yang tinggalkan buku di bawah meja kerana tidak larat untuk galas beg sekolah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menunjukkan seorang guru berkongsi kisah ketika beliau menggunakan kotak kasut untuk dijadikan lokar pelajar dan mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang di muat naik oleh Ahmad Zulhilmi, kelihatan beliau berkongsi kisah ketika bersama pelajarnya menyusun kotak-kotak kasut.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila kotak kasut itu dijadikan sebagai lokar pelajar. Cikgu Zulhilmi berasa simpati terhadap pelajar-pelajarnya yang terpaksa membawa beg berat dengan buku lantas menjalankan inisiatif itu sendiri.

Tindakan guru itu meraih pujian netizen.

"Terbaik cikgu! Semoga dimurahkan rezeki cikgu. Buat apa nak beli yang mahal-mahal kalau ada yang murah kan", komen seorang warganet.

Susulan tularnya video berkenaan, kini telah meraih lebih 1 juta tontonan, 115,200 tanda suka dan 2,278 komen di TikTok. Rata-rata ramai warganet memuji kebaikan dan kreativiti cikgu itu.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita