Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Chris Hipkins dijangka ganti Jacinda Ardern sebagai PM baru New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
Chris Hipkins dijangka ganti Jacinda Ardern sebagai PM baru New Zealand

Gambar fail menteri New Zealand Chris Hipkins. (Gambar: Robert Kitchin/Pool via AP)

Diterbitkan : 21 Jan 2023 07:43AM Dikemas Kini : 22 Jan 2023 06:53PM
AUCKLAND: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern akan digantikan oleh Chris Hipkins iaitu Menteri Pendidikan merangkap Perkhidmatan Awam sekarang.

Encik Hipkins menjadi satu-satunya calon yang dinamakan untuk jawatan itu dan ia disahkan Parti Buruh dalam satu kenyataan, pada Sabtu. (21 Jan)

Ahli politik berpengalaman berusia 44 tahun itu akan dilantik secara rasmi sebagai ketua parti esok, menjadikan beliau Perdana Menteri ke-41 negara tersebut.

Beliau pertama kali dipilih sebagai Anggota Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008 dan menjadi terkenal selepas menjadi muka depan New Zealand semasa penularan COVID-19 apabila dilantik sebagai menteri untuk menguruskan pandemik itu pada November 2020.

Cik Ardern, yang dilihat sebagai tokoh global bagi politik progresif, pada Khamis membuat pengumuman mengejut bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Cik Ardern berkata bahawa beliau tidak lagi dapat terus menggalas tugas selaku Perdana Menteri dan akan mengundurkan diri.

Beliau juga berkata tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya bagi pelantikan semula jawatannya.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan