Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Chris Hipkins angkat sumpah jawatan PM ke-41 New Zealand

Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri baru New Zealand menggantikan Jacinda Ardern yang meletak jawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Chris Hipkins angkat sumpah jawatan PM ke-41 New Zealand

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 08:09AM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 08:12AM

WELLINGTON: Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri baru New Zealand menggantikan Jacinda Ardern yang meletak jawatan.

Pelantikannya disahkan oleh wakil Raja Charles di New Zealand, Gabenor Jeneral Cindy Kiro selepas mengangkat sumpah jawatan pada pagi Rabu (25 Jan) menjadikannya Perdana Menteri ke-41 New Zealand.

Berusia 44 tahun, PM Hipkins merupakan mantan Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis, dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas (22 Jan).

Beliau kemudian mengadakan pertemuan pertamanya dengan Menteri Buruh sebelum bertemu media.

"Ini merupakan satu keistimewaan dan tanggungjawab terbesar dalam hidup saya.

"Saya teruja dengan cabaran yang mendatang," kata Encik Hipkins dalam ucapan pertamanya sebagai PM sambil berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani krisis ekonomi.

Sementara itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri  disandang Carmel Sepuloni yang turut mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.

Encik Hipkins kini perlu membina semula sokongan untuk parti yang agak ketinggalan dalam tinjauan pendapat menjelang pilihan raya pada Oktober.

Beliau juga akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya pada Rabu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan