Skip to main content

Dunia

China uji 'Ibu Segala Bom' buatan sendiri

China sudah menjalankan ujian ke atas salah sebuah senjata bukan nuklear paling hebat yang dimilikinya, digelar sebagai "Ibu Segala Bom" oleh media rasmi iaitu panggilan untuk sebuah senjata Amerika Syarikat yang pernah digunakan di Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
China uji 'Ibu Segala Bom' buatan sendiri

China sudah menjalankan ujian ke atas salah sebuah senjata bukan nuklear paling hebat yang dimilikinya. (Gambar-Gambar: Kevin McCauley/Twitter)

Diterbitkan : 04 Jan 2019 11:51PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 01:13AM

BEIJING: China sudah menjalankan ujian ke atas salah sebuah senjata bukan nuklear paling hebat yang dimilikinya, digelar sebagai "Ibu Segala Bom" oleh media rasmi iaitu panggilan untuk sebuah senjata Amerika Syarikat yang pernah digunakan di Afghanistan.

Rakaman video yang diterbitkan dalam laman syarikat pengeluar senjata milik negara, Norinco, menunjukkan bom berkenaan mencetuskan bebola api besar dan asap hitam sejurus apabila dilepaskan ke tanah mendatar.

Agensi berita rasmi China Xinhua, menerusi rangkaian sosialnya, pada Rabu (2 Jan) menggelarkan bom itu sebagai "'Ibu Segala Bom' versi China".

Bom yang menurut agensi berita tersebut hanya kedua terkuat selepas senjata nuklear dilepaskan oleh pesawat China, H-6K.

Tiada sebarang perincian mengenai tarikh, lokasi dan jarak kesan letupan bom itu diberikan.

Related article image

Pada 2017, Amerika Syarikat melepaskan bom konvensional paling hebat yang dimilikinya, dikenali sebagai "MOAB" atau "Mother of All Bombs" dalam satu percubaan untuk memusnahkan rangkaian terowong yang digunakan oleh kumpulan militan ISIS di bahagian timur Afghanistan.

Bom milik China itu berukuran sepanjang lima hingga enam meter namun lebih ringan berbanding versi Amerika Syarikat tersebut, menurut penganalisis tentera Wei Dongxu seperti yang dipetik oleh akhbar Global Times pada Jumaat (4 Jan). 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita