Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China tuntut AS batalkan penjualan senjata kepada Taiwan atau terima padahnya

Anggaran Waktu Membaca:
China tuntut AS batalkan penjualan senjata kepada Taiwan atau terima padahnya

(Gambar: Sam Yeh/AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2022 04:34PM Dikemas Kini : 03 Sep 2022 04:56PM

WASHINGTON: China menggesa Amerika Syarikat (AS) agar membatalkan pakej senjata bernilai AS$1 bilion (S$1.4 bilion) untuk Taiwan.

Menurut Jabatan Negara AS, tujuan penjualan senjata itu adalah untuk memperkukuh benteng pertahanan pulau tersebut.

Seorang jurucakap kedutaan China di AS memberi amaran tentang langkah-langkah tindak balas yang akan diambil Beijing dan bahawa penjualan itu menjejas teruk hubungan antara Amerika dengan China.

Penjualan senjata kepada Taiwan itu adalah yang terbesar pernah diluluskan di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.

Ia termasuk 60 peluru berpandu antikapal, 100 peluru berpandu udara ke udara serta peralatan dan sokongan logistik bagi program pemantauan radar Taiwan.

AS menyatakan pakej yang diusulkan itu adalah penting demi keselamatan Taiwan. Ia bertujuan menyokong usaha pemodenan angkatan bersenjata dan mengekalkan keupayaan pertahanan pulau tersebut.

Pakej itu hampir pasti akan diluluskan Kongres Amerika  kerana Taiwan menerima sokongan teguh kedua-dua parti Republikan dan Demokrat.

Washington mengorak langkah demikian di tengah-tengah ketegangan yang bertambah genting dengan Beijing, berhubung lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Nancy Pelosi ke Taiwan bulan lalu.

China bertegas Taiwan adalah sebahagian wilayahnya dan tidak pernah menolak kemungkinan menakluki semula pulau itu menerusi kekerasan.

Sumber : Agensi berita/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan