Skip to main content

Dunia

China tuan rumah rundingan menteri Arab dan Islam cari huraian konflik Israel-Hamas

Anggaran Waktu Membaca:
China tuan rumah rundingan menteri Arab dan Islam cari huraian konflik Israel-Hamas

Kepulan asap tebal dilihat di Carikan Gaza semasa Israel mengebom wilayah itu pada 17 Nov 2023. (Gambar fail: Kenzo Tribouillard/AFP)

BEIJING: China menjadi tuan rumah bagi rundingan bersama para menteri luar dari negara-negara Arab dan Islam.

Mesyuarat itu diadakan pada Isnin (20 Nov) dan Selasa, dalam usaha untuk mencari huraian bagi menamatkan konflik Israel-Hamas.

Ia akan turut disertai Menteri Luar Indonesia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menteri-menteri luar Penguasa Palestin di Tebing Barat, Arab Saudi, Jordan dan Mesir juga bakal menghadirinya.
Demikian diumumkan Beijing sedang konflik itu meragut 12,300 nyawa di Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata, semasa lawatan itu, China akan mengadakan rundingan mengenai komunikasi dan penyelarasan secara menyeluruh.

Antara perkara dalam agenda ITU adalah untuk mengendurkan ketegangan konflik Israel-Hamas, selain melindungi orang awam, dan menyelesaikan isu Palestin secara adil.

Sementara itu, Israel sebelum ini berikrar akan memusnahkan Hamas berhubung serangan 7 Oktober.

Serangan itu dikatakan membunuh 1,200 orang dan menyaksikan 240 tebusan ditahan, dalam serangan yang paling dahsyat pernah berlaku ke atas Israel.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita