Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China tolak dakwaan "jenayah kemanusiaan" di Xinjiang

Anggaran Waktu Membaca:
China tolak dakwaan "jenayah kemanusiaan" di Xinjiang

Seorang petani berjalan di hadapan lukisan mural yang memaparkan penduduk minoriti di Kashgar, Xinjiang pada 19 Mac 2021. (Gambar fail: Ng Han Guan/AP)

WASHINGTON: Laporan mantan ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) mengenai hak asasi, Michelle Bachelet yang dinanti-nantikan mengenai keadaan di Xinjiang, China akhirnya didedahkan.

Menurut laporan tersebut, kemungkinan terdapat pencabulan serius hak kemanusiaan dilakukan ke atas kaum Uighur dan kaum minoriti lain di wilayah China itu.

PBB memberi amaran tentang kemungkinan "jenayah kemanusiaan" dan menyarankan agar China mengambil tindakan segera untuk membebaskan mereka yang sedang ditahan di Xinjiang tanpa sebab munasabah.

Memberikan reaksinya, China bagaimanapun mengulangi pendirian Beijing membantah penilaian laporan PBB itu.

China sebelum ini juga telah menafikan semua tuduhan tentang penganiayaan di Xinjiang seperti buruh paksa dan penahanan beramai-ramai lebih 1 juta kaum Uighur Islam.

Menurut Misi Tetap China ke pejabat PBB di Geneva, laporan bekan ketua hak asasi badan dunia itu adalah berdasarkan tanggapan bersalah.

Dan ia satu rancangan Amerika Syarikat bersama negara-negara barat yang lain serta pihak-pihak yang anti-China.

Antara lain, laporan PBB tersebut mendapati dakwaan penderaan di Xinjiang sebagai boleh dipercayai dan "jenayah kemanusiaan" itu perlu perhatian sejagat.

Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan