China tolak aduan Taiwan berhubung pencerobohan dron
Anggaran Waktu Membaca:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian. (Gambar: Greg Baker/ AFP)
BEIJING/TAIPEI: China pada Isnin (29 Ogos) menolak aduan Taiwan tentang pencerobohan dron yang dilakukan berulang kali oleh China berdekatan dengan pulau yang dikawal Taiwan, sambil menegaskan bahawa ia bukan sesuatu yang perlu "cetuskan kekecohan", lapor Reuters.
Sejak lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taipei awal bulan Ogos ini, China memulakan latihan ketenteraan dan perang dekat dengan Taiwan.
Menurut laporan Reuters, pihak berkuasa Taipei melaporkan penerbangan dron yang dilakukan berulang kali di kepulauan yang dikawal Taiwan, berdekatan dengan pesisiran pantai China.
Rakaman video dua misi dron sedemikian tersebar luas di platform media sosial China. Salah satu daripadanya menunjukkan tentera Taiwan membaling batu ke arah dron China, menurut satu kenyataan pada Rabu (24 Ogos).

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian mengesahkan sudah melihat rakaman berkenaan dalam satu taklimat harian.
"Dron dari China terbang di wilayah China, ini bukan sesuatu yang harus cetuskan kekecohan," kata beliau.
Komen Encik Zhao itu mencetuskan kemarahan Kementerian Luar Taiwan.
"Ada satu ajaran Cina kuno yang menytakan 'orang yang tidak diundang dipanggil pencuri'. Sama ada ia memecah pintu atau mengintip dari udara, penduduk Taiwan tidak mengalu-alukan pencuri seperti itu," katanya.
Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan satu lagi pencerobohan dron pada Isnin (29 Ogos) berdekatan dengan pulau kecil Lion, sebahagian daripada gugusan pulau Kinmen, bertentangan dengan bandar Xiamen dan Quanzhou, China.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.