China tingkatkan perbelanjaan tentera di tengah ancaman 'kian meningkat'
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China mengumumkan pada Ahad (5 Mac) bahawa perbelanjaan bagi pertahanannya akan dinaikkan dengan ketara dalam masa empat tahun akan datang.
Menurut Perdana Menteri Li Keqiang, langkah itu perlu sebagai persiapan menangani ancaman yang kian meningkat dari luar negara.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan satu mesyuarat parlimen yang dijangka akan memberi mandat kepada Presiden Xi Jinping untuk memegang jawatan Presiden buat penggal ketiga.
Beijing akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraannya sebanyak 7.2 peratus tahun ini, berbanding 7.1 peratus pada tahun lalu.
Peningkatan pada belanjawan pertahanan kedua terbesar di dunia itu diumumkan sedang para pemimpin China menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada tahun depan, iaitu antara yang terendah sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

BACA:
Kementerian Kewangan China membuat pengumuman itu di luar Kongres Rakyat China (NPC) yang sedang berlangsung.
China menambah, Beijing akan memperuntukkan AS$225 bilion (S$302 bilion) bagi membiayai perbelanjaan pertahanannya tahun ini.
Langkah itu bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan angkatan tenteranya menghadapi sebarang ancaman.

Sumber : AGENCIES/KH/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.