Skip to main content

Dunia

AS, China tikam lidah dalam pertemuan pertama dengan Blinken

Para pegawai Amerika Syarikat dan China bertikam lidah dalam pertemuan di Alaska. Pertemuan pada Khamis (18 Mac) itu adalah yang pertama secara bersemuka antara para pegawai kanan pentadbiran Presiden Joe Biden dengan pegawai tinggi China.

Anggaran Waktu Membaca:
AS, China tikam lidah dalam pertemuan pertama dengan Blinken

(Gambar: AFP/Frederic J BROWN)

Diterbitkan : 19 Mar 2021 09:26PM Dikemas Kini : 19 Mar 2021 09:34PM

ALASKA: Para pegawai Amerika Syarikat dan China bertikam lidah dalam pertemuan di Alaska. Pertemuan pada Khamis (18 Mac) itu adalah yang pertama secara bersemuka antara para pegawai kanan pentadbiran Presiden Joe Biden dengan pegawai tinggi China.

Kementerian Luar China menuduh pihak Amerika membuat kenyataan pembukaan lebih panjang daripada peruntukan masanya serta membuat tuduhan-tuduhan yang tidak selaras dengan protokol diplomatik.

Amerika Syarikat dan China mempunyai pandangan yang jauh berbeza dalam isu-isu perdagangan, pertikaian wilayah dan hak asasi manusia.

Setiausaha Negara Amerika, Antony Blinken, berkata beliau akan menimbulkan isu-isu mengenai Xinjiang, Taiwan dan Hong Kong.

China berulang kali menegaskan isu-isu itu adalah urusan dalamannya dan Amerika Syarikat tidak boleh campur tangan.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita