China terbuka untuk bertemu dengan Setiausaha Pertahanan AS
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
BEIJING: China menyatakan pada Ahad (20 Nov) bahawa negara itu terbuka untuk bertemu dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) di luar Forum Keselamatan Serantau di Kemboja minggu ini.
Ia sebagai tanda untuk memperbaiki hubungan dua hala selepas pemimpin tertinggi negara itu bertemu awal bulan ini.
Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dan Setiausaha Pertahanan AS, Austin Lloyd sebelum ini mengesahkan secara berasingan bahawa mereka akan menghadiri forum dengan negara-negara Asia Tenggara, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus.
Pada Ahad (20 Nov), Kementerian pertahanan China mengeluarkan kenyataan yang memaparkan soalan sama ada kedua-dua pemimpin itu akan bertemu.
Jurucakap Tan Kefei berkata, "China memegang sikap proaktif dan terbuka untuk mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat."
Beliau juga berkata bahawa kedua-dua pihak akan berunding mengenai "pertukaran" di forum berkenaan yang dijangka akan diadakan pada Rabu (23 Nov).
Pertemuan itu akan menandakan pertukaran tentera tahap tinggi pertama antara kedua-dua negara sejak China menangguhkan dialog antara komander tentera pada Ogos lalu sebagai tindakan balas terhadap lawatan Speaker Dewan AS, Nancy Pelosi, ke Taiwan.
Hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia itu semakin memburuk dalam tahun tahun yang lepas sedang isu seperti perdagangan, hak asasi manusia dan Taiwan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.