China terbuka perdalam kerjasama dengan Indonesia, kata Presiden Xi: Laporan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Presiden Joko Widodo)
BEIJING: China terbuka untuk memperdalam kerjasama strategiknya dengan Indonesia, lapor media tempatan negara itu yang memetik Presiden Xi Jinping pada Khamis (27 Jul).
Encik Xi berkata demikian dalam mesyuarat bersama Presiden Indonesia Joko Widodo di bandar barat daya China, Chengdu, lapor CCTV.
Encik Widodo sedang melawat China untuk menghadiri majlis perasmian Sukan Universiti Dunia FISU di Chengdu.
China dan Indonesia harus memastikan kereta api laju Jakarta-Bandung yang bermutu tinggi siap dibina sedang ia semakin hampir untuk mula beroperasi secara komersil, kata Encik Xi kepada Encik Widodo.
Kereta api laju tersebut, sebuah projek utama presiden Indonesia dan sebahagian daripada Inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera China ditangguh atas sebab masalah kewangan dan sudahpun berada empat tahun di belakang jadual.
"Kedua-dua pihak harus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi kerja-kerja binaan pada kilometer terakhir serta memastikan piawaian dan mutu yang tinggi projek ini," kata Encik Xi.
China juga terbuka untuk mengembangkan eksport komoditi pukal Indonesia dan produk pertanian, tambah Encik Xi.
Beliau juga menarik perhatian kepada bidang kerjasama seperti kereta tenaga baharu serta bandar-bandar bijak.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.