Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China tegaskan prinsip 'Satu Negara, Dua Sistem' susuli pilihan raya Taiwan

Beijing menegaskan ia tidak akan mengubah prinsip "Satu Negara, Dua Sistem" berhubung Taiwan. Kementerian Luar China mengajak masyarakat antarabangsa supaya terus menyokong dasar Beijing itu dan menentang "kegiatan kelompok pemisah yang mahukan kemerdekaan Taiwan."

Anggaran Waktu Membaca:
China tegaskan prinsip 'Satu Negara, Dua Sistem' susuli pilihan raya Taiwan

(Gambar: Reuters/Tyrone Siu)

Diterbitkan : 12 Jan 2020 04:23PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 04:34PM

TAIWAN: Beijing menegaskan ia tidak akan mengubah prinsip "Satu Negara, Dua Sistem" berhubung Taiwan.

Kementerian Luar China mengajak masyarakat antarabangsa supaya terus menyokong dasar Beijing itu dan menentang "kegiatan kelompok pemisah yang mahukan kemerdekaan Taiwan."

Kenyataan itu menambah Beijing sedia bekerjasama dengan Taipei untuk memajukan hubungan rentas Selat secara aman.

Kenyataan Beijing itu dikeluarkan selepas Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen pada Sabtu (11 Jan) memenangi pilihan raya presiden untuk memimpin wilayah itu bagi penggal kedua.

Presiden Tsai memperoleh lebih 8 juta undi, iaitu satu rekod baru sejak pilihan raya presiden mula diadakan secara langsung pada tahun 1996.

Cik Tsai berjaya mengalahkan pesaing terdekat beliau, Han Kuo-yu dari parti Kuomintang (KMT), dengan kelebihan 2.5 juta undi.

Sejumlah pengamat politik di China berpendapat bahawa kemenangan Cik Tsai dicapai hasil sokongan kuat golongan pengundi muda.

Kemenangan itu dianggap satu tamparan kepada Beijing yang berusaha memencilkan pentadbiran Cik Tsai sejak empat tahun yang lalu.

Bagi Cik Tsai sendiri, kemenangan ini merupakan kebangkitan daripada kekalahan teruk yang dialami partinya dua tahun lalu dalam pilihan raya tempatan serta dua pemilihan datuk bandar.

Sejak bantahan-bantahan besar di Hong Kong, populariti Cik Tsai kian meningkat kerana beliau dilihat sebagai pejuang demokrasi.

Presiden Tsai mengalahkan pesaing terdekatnya
Encik Han Kuo-yu dari parti Kuomintang yang mahukan hubungan lebih baik dengan China kerana ia akan membawa lebih banyak kemakmuran kepada Taiwan. 

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan