China tarik balik sekatan visa ke atas pelawat luar negara
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/File/Noel CELIS)
WASHINGTON: China akan menyambung semula pengeluaran visa bagi warga dari luar negara mulai Rabu (15 Mac), menurut duta negara itu di Washington, dalam satu langkah besar dari segi pelonggaran sekatan perjalanan sejak penularan pandemik COVID-19.
Langkah itu juga menandakan langkah terbaru ke arah pembukaan semula China kepada dunia luar, sedang Beijing secara beransur-ansur beralih dari strategi ketat sifar COVID-19 yang dikuatkuasakannya sebagai respons pandemik sehingga sejak beberapa bulan lalu.
Selain dokumen perjalanan baru yang akan disemak dan diluluskan, visa yang dikeluarkan sebelum 28 Mac 2020 yang masih sah akan dibenarkan masuk semula ke China, jelas notis kedutaan itu yang dimuat naik pada Isnin, yang diterjemah AFP dari bahasa Cina.
Dasar yang dikemas kini itu juga akan membolehkan perjalanan bebas visa disambung semula bagi mereka yang tiba dalam kapal pesiaran ke Shanghai, serta kumpulan-kumpulan pelancong tertentu dari Hong Kong, Macau dan negara-negara dalam kelompok ASEAN, dedah notis tersebut.
China menyambut 65.7 pelawat antarabangsa pada 2019, menurut data dari Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebelum pandemik menyebabkan negara itu menutup terus sempadannya.

Sumber : AFP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.