Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China tahan 13,000 'pengganas' di Xinjiang sejak 2014 - kertas dasar pemerintah

Pihak berkuasa China menahan sekurang-kurangnya 13,000 ‘pengganas’ di Xinjiang sejak 2014, menurutnya hari ini (18 Mac), dalam satu kertas dasar bagi mempertahankan langkah-langkah kontroversi mencegah penyebaran ideologi radikal di kalangan etnik Islam di barat negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
China tahan 13,000 'pengganas' di Xinjiang sejak 2014 - kertas dasar pemerintah

Gambar fail senjata-senjata yang dirampas dari anggota pengganas di Xinjiang, yang dipamerkan dalam satu pameran. (Gambar fail: Ben Blanchard/Reuters)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 07:14PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 07:19PM

BEIJING: Pihak berkuasa China menahan sekurang-kurangnya 13,000 ‘pengganas’ di Xinjiang sejak 2014, menurutnya hari ini (18 Mac), dalam satu kertas dasar bagi mempertahankan langkah-langkah kontroversi mencegah penyebaran ideologi radikal di kalangan etnik Islam di barat negara itu.

China menerima tekanan pihak antarabangsa kerana membangunkan kemudahan-kemudahan di mana pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggambarkannya sebagai pusat tahanan kepada sejuta lebih etnik Uighurs dan Muslim lain.

Beijing menyatakan langkah itu perlu bagi mengekang ancaman militan dan menempatkan mereka di pusat latihan kejuruan.

Tambahnya, sejak 2014, Xinjiang sudah "menghapuskan 1,588 keganasan dan kumpulan pengganas, menahan 12,995 pengganas, merampas 2,052 bahan letupan, menghukum 30,645 orang kerana melakukan kegiatan keagamaan dan merampas 345,229 salinan bahan keagamaan yang menyalahi undang-undang."

Menurut kertas dasar itu lagi, hanya segelintir sahaja orang yang berdepan hukuman berat itu termasuk mereka yang menjadi ketua kumpulan pengganas. Mereka yang dipengaruhi pemikiran ekstremis pula menerima pendidikan dan latihan untuk membawa mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa turut menggagalkan 30 serangan sejak 1990 dan yang terakhir ialah Disember 2016, di mana 458 maut dan sekurang-kurangnya 2,540 cedera akibat serangan dan pergolakan lain.

Kumpulan Uighur dalam buangan, Kongres Uighur Sedunia menyelar kertas putih itu sebagai percubaan China untuk sengaja memutarbelitkan kebenaran. 

Sumber : Reuters/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan