Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China siar lebih banyak video latihan tentera di Laut China Selatan

Latihan-latihan tentera China dilaporkan bertujuan menguji prestasi senjata dan peralatannya serta meningkatkan keupayaan tentera "untuk menang".

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Media milik pemerintah China, CCTV, pada Ahad (14 Ogos) terus menyiarkan lebih banyak video mengenai latihan-latihan yang dijalankan tentera negara itu di Laut China Selatan.

Video terbaru CCTV antara lain menunjukkan tentera laut China melakukan tembakan dari kapal-kapal dan peluru berpandu oleh tentera darat.

Menurut laporan CCTV itu, latihan tersebut bertujuan menguji prestasi senjata dan peralatannya serta meningkatkan keupayaan tentera "untuk menang".

Latihan-latihan tentera laut dan udara China dijalankan di perairan dekat Taiwan sejak 4 Ogos.

China mula menjalankan latihan tentera sejak Speaker Dewan Perwakilan Amerika Nancy Pelosi melawat Taiwan pada 2 Ogos lalu.
 
Sumber : CNA/DY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan