Skip to main content

Dunia

AS, China setuju perlu jalin hubungan pertahanan utuh

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis dan rakan sejawatannya dari China, Wei Fenghe bertemu di Singapura hari ini (18 Okt) di luar mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Oct 2018 08:08PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 09:40PM

SINGAPURA: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis dan rakan sejawatannya dari China, Wei Fenghe bertemu di Singapura hari ini (18 Okt). Pertemuan itu diadakan di luar mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN.

Ia juga berlangsung ketika Amerika berusaha untuk mengendurkan ketegangan hubungannya dengan China yang semakin buruk sejak kebelakangan ini.

Encik Mattis dan Jeneral Wei tidak membuat sebarang kenyataan umum selepas pertemuan mereka selama hampir 90 minit.

Menurut seorang penolong Setiausaha Pertahanan Amerika, kedua-dua menteri ini membincangkan isu-isu keselamatan yang dipertikaikan kedua-dua negara seperti tindakan Beijing di Laut China Selatan.

Namun mereka juga, katanya, sependapat tentang perlunya Amerika dan China menjalin hubungan pertahanan yang utuh.

Sumber : CNA/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita