China, AS setuju batalkan cukai secara berperingkat
China bersetuju dengan Amerika Syarikat untuk membatalkan cukai yang dikenakan sekarang ini ke atas barangan satu sama lain.

(Gambar: Aly Song/Reuters)
BEIJING: China bersetuju dengan Amerika Syarikat untuk membatalkan cukai yang dikenakan sekarang ini ke atas barangan satu sama lain.
Bagaimanapun, jurucakap pemerintah China berkata pembatalan itu akan dilakukan bertahap-tahap.
Menurut beliau, pemansuhan tarif itu adalah syarat penting bagi kedua-dua pihak mencapai perjanjian dagangan fasa pertama.
Beliau berkata perang dagangan itu dicetuskan oleh isu tarif berkenaan dan seharusnya berakhir dengan pemansuhan tarif tersebut.
China bagaimanapun tidak memberikan satu tempoh masa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.