China seru tindakan praktikal hentikan pertempuran di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: GREG BAKER / AFP)
NEW YORK: China menyeru negara yang mempunyai pengaruh penting terhadap pihak berkenaan mengambil tindakan praktikal untuk menghentikan pertempuran di Carikan Gaza dengan sikap ikhlas dan bertanggungjawab.
Demikian kata Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang semasa menyampaikan ucapan pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel pada Rabu (4 Sep).
Encik Geng berkata China mengutuk semua kegiatan ganas terhadap penduduk awam dan menolak semua tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"China menyeru sekali lagi usaha diplomatik untuk menggalakkan pembebasan secepat mungkin semua tahanan, sama ada warga Israel atau warga Palestin.
"Pemimpin Israel perlu mendengar suara lantang rakyatnya, mengutamakan misi menyelamat tebusan dan nyawa dan berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan gencatan senjata dan menamatkan pertempuran," katanya.
Encik Geng menegaskan lagi, walaupun masyarakat antarabangsa berusaha dan konsisten dalam menyeru gencatan senjata untuk menamatkan pertempuran, namun konflik di Gaza yang berlangsung selama hampir 11 bulan masih belum menunjukkan tanda-tanda keredaan.
"China menggesa semua pihak, terutamanya Israel, bersabar dan mengekang diri untuk memenuhi kewajipan mereka sebagai kuasa penakluk, menghentikan tindakan di pusat penempatan serta serangan di Tebing Barat Sungai Jordan, selain menghormati dan memelihara status quo Baitulmakdis.
"China menyokong Majlis Keselamatan mengambil tindakan selanjutnya untuk menggalakkan pelaksanaan ketetapan yang bertujuan untuk menghentikan pertempuran dengan seawal mungkin dan mengurangkan bencana kemanusiaan,” kata Encik Geng.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.