Skip to main content

Dunia

China sedia balas 2 rang undang-undang Hong Kong yang diluluskan Amerika

China menyatakan ia sudah bersedia untuk mengambil beberapa langkah dan bertindak balas selepas Dewan Kongres Amerika Syarikat meluluskan dua rang undang-undang bagi menyokong para penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong. 

Anggaran Waktu Membaca:
China sedia balas 2 rang undang-undang Hong Kong yang diluluskan Amerika

Seorang penunjuk perasaan melemparkan payung ke dalam api kebakaran daripada pintu masuk utama yang dikepung di Universiti Politeknik Hong Kong di daerah Hung Hom pada 18 Nov 2019. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2019 09:27PM Dikemas Kini : 21 Nov 2019 09:28PM

HONG KONG: China menyatakan ia sudah bersedia untuk mengambil beberapa langkah dan bertindak balas selepas Dewan Kongres Amerika Syarikat meluluskan dua rang undang-undang bagi menyokong para penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong.

Salah satu rang undang-undang tersebut menetapkan agar Hong Kong mempunyai kuasa autonomi yang mencukupi bagi melayakkannya mendapat status perdagangan istimewa Amerika.

Selain itu, para pegawai yang mencabuli hak-hak asasi manusia di Hong Kong boleh dikenakan sekatan.

Rang undang-undang kedua pula mengharamkan penjualan gas, pemedih mata, peluru getah dan peralatan lain yang digunakan oleh polis Hong Kong untuk menangani para penunjuk perasaan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mempunyai masa 10 hari untuk meluluskan atau menolak rang tersebut.

Beijing, yang mengutuk keras keputusan Kongres Amerika itu, menekankan ia tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk menghancurkan kemakmuran dan kestabilan Hong Kong.

Perkembangan baru tersebut juga dikhuatiri boleh menjejas rundingan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat yang sedang diadakan. 

Sumber : Agensi berita/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita