China sedang masuk fasa baru kawal COVID-19, kata Xi Jinping
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden China Xi Jinping akan merasmikan Kongres Parti Komunis China yang ke-20 pada 16 Okt 2022. (Gambar: Noel CELIS/AFP)
BEIJING: Presiden China Xi Jinping menyeru pada Sabtu (31 Dis) bagi lebih banyak usaha dan perpaduan sedang negara itu memasuki "fasa baru" dalam pendekatan memerangi COVID-19, dalam komen pertamanya kepada orang ramai mengenai COVID-19 sejak pemerintah mengubah haluan tiga minggu lalu dan melonggarkan sekatan COVID-19.
Peralihan mendadak China awal bulan ini daripada dasar "sifar-COVID" yang dikekalkan selama hampir tiga tahun menyebabkan jangkitan melanda seluruh negara tanpa kawalan. Ia juga menyebabkan lebih banyak kemerosotan dalam aktiviti ekonomi dan mencetus kebimbangan antarabangsa, dengan Britain dan Perancis menjadi negara terbaru yang mengenakan sekatan ke atas pelancong dari China.
Dalam ucapan Tahun Baru beliau, Encik Xi berkata China sudah mengatasi kesukaran dan cabaran yang belum pernah dihadapi sebelum ini dalam perang melawan COVID-19, dan bahawa strategi "diubah suai" mengikut masa dan keadaan.
"Sejak wabak itu tercetus... majoriti kader dan rakyat, terutamanya kakitangan perubatan, pekerja akar umbi mengharungi kesusahan dengan berani dan tabah," kata Encik Xi.
"Pada masa ini, pencegahan dan kawalan wabak memasuki fasa baru, ia masih masa untuk berjuang, semua orang masih tabah dan bekerja keras, dan keadaan lebih baik ada di hadapan kita. Mari bekerja lebih keras, kesabaran bermakna kemenangan dan perpaduan bermakna kemenangan."
Malam Tahun Baru mendorong muhasabah online dan oleh penduduk Wuhan, iaitu pusat wabak COVID-19 hampir tiga tahun lalu, tentang dasar sifar COVID dan kesan perubahannya. Orang ramai di pusat bandar Wuhan menzahirkan harapan untuk hidup kembali normal pada 2023 walaupun terdapat lonjakan kes sejak sekatan wabak ditarik balik.
Penduduk Wuhan, Chen Mei, 45 tahun, berkata beliau berharap anak perempuannya yang masih remaja tidak akan mengalami gangguan lagi dalam persekolahannya.
"Apabila dia tidak boleh pergi ke sekolah dan hanya boleh mengadakan kelas dalam talian, ia pastinya bukan cara pembelajaran yang berkesan," katanya.
Di seluruh negara, ramai orang menyuarakan harapan yang sama di media sosial, sementara yang lain mengkritik.
Gelombang jangkitan baru itu melanda hospital dan tempat-tempat persemadian di seluruh negara, dengan barisan van jenazah di luar krematorium membangkitkan kebimbangan orang ramai.
Zhang Wenhong, pengarah Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan, memberitahu People's Daily dalam temu bual yang diterbitkan pada Sabtu bahawa Shanghai sudah mencapai kemuncak jangkitan pada 22 Disember, dengan menyatakan bahawa pada masa ini terdapat kira-kira 10 juta kes.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan bahawa kira-kira 50,000 orang di bandar dengan 25 juta penduduk itu perlu dimasukkan ke hospital dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.