Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China sangat tidak berpuas hati dengan kenyataan G7

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China pada Sabtu (20 Mei) meluahkan "rasa sangat tidak puas hati" terhadap kenyataan oleh pemimpin-pemimpin G7 yang ditujukan kepada Beijing mengenai isu-isu berkaitan Laut China Selatan, hak asasi kemanusiaan dan dakwaan campur tangan terhadap demokrasi.

Para pemimpin dari tujuh negara berkuasa termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, sudah menghadiri sidang puncak itu sejak Jumaat (19 Mei) di bandar Hiroshima, Jepun.

Blok itu mengeluarkan kenyataan dan menggesa China supaya "tidak melakukan kegiatan campur tangan" dan menyuarakan kebimbangan mengenai dakwaan penganiayaan hak asasi manusia di China, terutama sekali di wilayah barat, iaitu Tibet dan Xinjiang.

Mereka juga berkata bahawa negara-negara G7 "amat bimbang" terhadap pertikaian di Laut China Selatan, dengan secara tidak langsung menuduh China seperti "memaksa" negara lain.

Beijing juga digesa oleh G7 supaya menggunakan pengaruhnya ke atas Rusia agar ia menamatkan pencerobohannya di Ukraine.

Sekalipun demikian, pada sabtu petang, Menteri Luar China membidas, dengan berkata bahawa "pendekatan G7 tidak mempunyai sebarang kredibiliti antarabangsa".

Kenyataan G7 itu menekankan "pentingnya keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan", namun Beijing membalas dengan kritikan terhadap blok tersebut kerana tidak menentang kemerdekaan yang diinginkan Taiwan.

"G7 mendakwa bahawa ia mahu bergerak ke arah dunia yang aman, stabil dan makmur. Namun pada hakikatnya, ia menghalang keamanan, menjejas kestabilan serantau dan menghalang pembangunan negara lain," tegas seorang jurucakap China.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan