Skip to main content

Dunia

China sambung pengeluaran visa jangka pendek bagi warga Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
China akan menyambung semula pengeluaran visa jangka pendek kepada warga Korea Selatan pada 18 Februari.

Demikian menurut kedutaan China di Seoul pada Rabu (15 Feb).

Langkah itu menyusuli keputusan Korea Selatan pada minggu lalu untuk menamatkan sekatan perjalanan berkaitan COVID-19 terhadap warga China. Sekatan itu mencetuskan tindak balas yang sama dari Beijing.

Bermula pada Sabtu (18 Feb), kedutaan China di Seoul dan konsul-konsul lain "akan menyambung pengeluaran visa jangka pendek bagi warga Korea yang mengunjungi China, bagi urusan perniagaan, persinggahan dan urusan peribadi lain," menurut kedutaan itu di akaun rasmi WeChatnya.

China menghapuskan transit bebas visa bagi warga Korea Selatan dan Jepun bulan lalu. Ia disebabkan Seoul dan Jepun yang mengenakan sekatan COVID-19 terhadap pengunjung dari China, ketika kes-kes koronavirus melonjak pada waktu itu.

China menyaksikan peningkatan pada perjalanan keluar dari negara itu selepas pemerintah menggugurkan dasar COVID-19 yang ketat secara tiba-tiba, termasuk kuarantin mandatori bagi kesemua pengunjung.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita