China sahkan virus Wuhan boleh berjangkit dari manusia ke manusia
Satu virus seakan-akan SARS sudah tular di merata China dan dikesan di tiga negara Asia yang lain.
(Gambar: AFP/Hector Retamal)
BEIJING: Satu virus seakan-akan SARS sudah tular di merata China dan dikesan di tiga negara Asia yang lain. Menurut seorang pakar pemerintah, ia boleh berjangkit dari manusia ke manusia, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa kecemasan akan bertemu minggu ini untuk membincangkan tentang jangkitan itu.
Ia diumumkan sedang pihak-pihak berkuasa kesihatan Wuhan melaporkan kematian keempat akibat jangkitan virus tersebut.
Virus korona itu pertama kali dikesan di Wuhan, sekali gus mencetuskan kebimbangan kerana ia dipercayai berkaitan dengan Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS), yang membunuh hampir 650 orang di China dan Hong Kong pada 2002-2003.
Jumlah pesakit yang disahkan menghidap virus baru itu kini sudah meningkat kepada 218.
Beijing dan Shanghai mengesahkan kes pertama masing-masing pada Isnin manakala lebih 12 kes dikesan di selatan wilayah Guangdong dan 136 kes baru dikesan sepanjang tempoh hujung minggu lalu di Wuhan, menurut agensi berita tempatan CCTV.
Para saintis sedang berusaha mencari punca jangkitan itu, dengan sebuah pasar makanan laut di Wuhan dipercayai adalah tapak yang menularkan virus itu.
Bagaimanapun seorang saintis di Suruhanjaya Kesihatan Negara, yang dikenali sebagai Encik Zhong Nanshan, yang membantu mendedahkan skala penularan SARS, berkata bahawa para pesakit boleh dijangkiti virus itu tanpa melawat bandar tersebut.
"Buat masa ini, ia (virus korona) boleh disahkan berjangkit dari manusia ke manusia," katanya dalam satu wawancara dengan CCTV.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.