China sahkan penularan demam babi Afrika di wilayah Sichuan, Hubei
China mengesahkan penularan demam babi Afrika di wilayah-wilayah utama yang mengeluarkan daging babi, iaitu di Sichuan dan Hubei.

(Gambar fail: Nikolay Doychinov/AFP)
SHANGHAI: China mengesahkan penularan demam babi Afrika di wilayah-wilayah utama yang mengeluarkan daging babi, iaitu di Sichuan dan Hubei.
Demikian menurut Kementerian Pertanian dan Ehwal Luar Bandar dalam satu kenyataan hari ini (6 Mac).
Kes tersebut dikesan di Aba, wilayah barat daya Sichuan dan di bandar Xiangyang di wilayah tengah Hubei.
Penularan itu menyebabkan 38 daripada 127 haiwan itu mati di ladang Sichuan. Di Hubei, virus itu dikesan di atas sebuah lori yang membawa anak babi secara haram dari sebuah lagi wilayah.
10 daripada 165 anak babi itu dijangkiti dan lima mati.
China adalah pengeluar dan pelanggan utama di dunia bagi daging babi. Satu penularan besar demam babi Afrika pernah menyebabkan separuh babi di negara itu mati pada 2019, setahun selepas virus itu melanda negara tersebut.
China melaporkan satu penularan awal minggu ini di wilayah barat daya Yunan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.